Hipersensitif

Dia boyfriend saya selepas menjadi suami

Bangun pagi kusut. Sampaikan Mimi ambil segelas air
“Mama sakit? Nah air”
3 hari baju tak kering.
5 hari sudah aku makan asap

“Tak selesa lah pakai baju sidai di luar jerebu. Bau asap menusuk hidung.”
“OK. Kita pergi dobi. U keringkan, I pergi gym”

Janjinya begitu.

Tapi hasilnya kami duduk di bangku depan kedai sambil bersembang.
Gelak sehabis puas
Lupa sekejap sudah ada 3 anak
and old age catching up soon.
Just us
Dia tuang gym untuk duduk disebelah aku.

Dia tak perlu angkat bakul tu kalau dia mahu
Dia tak perlu tunggu pun
Tapi dia buat. Dia tunggu. Dia duduk temankan aku.

Aku cakap aku tak makan dari pagi. Penyakit tak lalu makan nasi datang lagi.
Semua di tekak keluar balik
Barangkali melayan kewalahan otak memikirkan baju anak belum packing sebab tiada yang kering.
Waktu yang sama tahun lepas pun penyakitnya begini juga.
Makan nasi akan terluah keluar semuanya
2 hari menjeruk dalam selimut. Bisu. Anak-anak datang berderai airmata tanya mama sakit apa.

Habis dobi dia ajak makan
“OK nanti kat mamak u orderlah nak berapa banyak cheese dalam roti nan tu, berapa-berapa pun kita bayar”

Melancoly datang lagi kan.
Kalau pun ini hidangan terakhir atas bumi, aku bahagia.
Biarpun bukan sejambak mawar, seutas pandora, segunung emas
Biarpun aku senyum lega 3 bakul baju sudah kering dan wangi dan hangat
Tak sehangat mengakui…
dia boyfriend saya selepas menjadi suami

Kira-kira satu pertiga daripada mereka yang berada pada spektrum autisme sangat hipersensitif terhadap bau. Serangan odiferous berterusan ini boleh benar-benar sangat mewalahkan untuk seorang yang mempunyai asperger sindorm

Saya bersyukur hadirnya orang dalam keluarga yang memahami saya – menerima saya seadanya