Malaysian Food

Resipi Pan Mee (板 麺 Ban Mian) Soup – Halal Version

Apa itu Pan Mee?

Pan Mee (板 麺, disebut Ban Mian) adalah masakan mi gaya Hakka berkuah stok ikan bilis yang mewah dihidangkan dengan sayur pucuk manis (atau mani chai)
Kalau terjemahkan sebiji-biji namanya dari bahasa cina ia bermakna “mi yang rata diperbuat dari tepung”
Ia adalah sebahagian daripada masakan masyarakat Cina di Malaysia.

Doh mee diperbuat daripada tepung (kadang-kadang ditambah telur dan minyak bawang putih untuk rasa yang lebih sedap). Secara tradisinya, doh itu diuli dengan tangan dan dikoyak menjadi kepingan lebih kecil doh (kira-kira 2 inci). Kini, doh boleh diuli menggunakan mesin ke dalam pelbagai bentuk, bentuk yang paling biasa ialah jalur panjang seperti pasta Tagliatelle. Pan Mee biasanya dihindangkan dengan sup, bersama-sama dengan ikan bilis goreng, daging cincang, cendawan, dan sayur-sayuran berdaun seperti daun keledek atau sayur cekur manis (sauropus androgynus). Lawannya pula adalah sambal belacan. Rasa pelik tapi kalau dah cuba sekali memang terangkat nak lagi.

I dulu kerja company 99% chinese. Di Midvalley ada jual halal pan mee dan memang sangat-sangat suka. Biasanya tambah sambal belacan banyak-banyak. I suka makan untuk breakfast. Patut pun dulu kurus dan patut pun amoi-amoi ramai kurus hahaha pagi-pagi dah bakar lemak makan pedas-pedas

Once dah berhenti I memang sangat mengidam nak makan lagi. Tapi nampak gaya memang nak kena buat sendiri.

Base dia sama je base sup chinese style. So resipi ni anda boleh pakai untuk buat acara steamboat sendiri di rumah. Ini pun saya belajar dari kawan chinese. Tapi sebab kita muslim kita pakai lah daging yang halal ye bukan pork bones hehehe

Biasanya saya suka buat dengan tulang2 ayam dan rangka ayam. Buat stok la dulu. Rendam dalam air letak 1 sudu kecil acv. Biarkan 20minit, lepas tu rebus ambil stok dia.

Dan saya suka baaaanyak ikan bilis.

Memang kalau nak buat Pan Mee original kena buat mee dia, tapi kalau renyah sangat pakai je fettuccine pasta tu pun boleh. Nak lagi kalau tengah tak larat nak masak tapi nak makanan homemade. Pakai fettuccine tu dah. Maybe next time saya letak resipi macamana nak buat mee dia yang asli ok.

divella-fettuccine-pasta-no-12-500-g

Pan Mee Resipi (Hidangan 4)

Bahagian 1 – Sup
bahan:
2L stock tulang ayam
300g ikan bilis – kopek buang kepala
100gram kacang soya

Kaedah:
Kacang soya direndam dengan sedikit garam himalayan dan di buang kulit. Petua ni I ikut resipi Alan

For processing soya beans,  I have to take it one step further by removing the skins off the beans. This is done by soaking the beans in warm water for around 20 min, after which the skin membranes can come off easily through rubbing  the beans between one’s palms or fingers. Soya beans, despite being highly rich in protein is also a source of purines, particularly in the skin membranes. Increased intake of purine-enriched foods can trigger a gout attack and I am not taking chances.

Cuci dan keringkan ikan bilis. Menggunakan kuali non-stick, goreng ikan bilis sehingga perang dan wangi.
Gunakan 200gram sahaja manakala 100gram lagi ketepikan
Masukkan stok tulang-tulang ayam tadi, ikan bilis goreng dan kacang soya ke dalam periuk yang dalam.
Tambah air dan rebus selama sekurang-kurangnya 2 jam.

Tambah garam dan gula secukup rasa.

Bahagian 3 – Lain-lain bahan:

Topping Daging Ayam Cincang & Cendawan
300g daging ayam cincang
1 cawan mushroom shitake potong dadu kecil
2 biji bawang besar, kupas dan potong dadu kecil
3 biji bawang putih, cincang halus
2 sudu besar minyak
2 sudu besar kicap pekat (atau kicap Jalen tutup oren)
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung di campur dengan sedikit air
sedikit minyak bijan

Cara membuat topping daging cincang:
Bawang putih cincang di tumis hingga naik bau.
Masukkan daging cincang ayam dan cendawan.
Masak sehingga ayam masak.
Tambah ke kicap dan minyak bijan.
Teruskan kacau sehingga daging kisar ayam masak.
Campurkan tepung jagung yang dibancuh dengan air dan masukkan ke dalam campuran daging cincang.
Masak sehingga sos memekatkan.
Perasakan dengan garam dan lada secukup rasa. Diketepikan.

Topping Sayur Pucuk Manis Celur
Pucuk manis dalam 1 mangkuk dicelur dan ditoskan airnya (untuk mengelak oxalate yang menyebabkan rasa angin dan sakit sendi serta alahan)

Topping Minyak Bawang Putih
6 biji bawang putih yang agak besar dicincang dan di goreng dalam 1/2 cawan minyak.
Disejukkan dan di simpan dalam bekas kaca/jar

Topping Sambal Belacan
Cili padi secukup rasa pedas yang anda mahu ditumbuk bersama 1 atau 2 ulas bawang putih dan belacan sampai lumat. Dijirus jus dari 3 biji limau kasturi

Topping Ikan Bilis Goren
Lebih ikan bilis goreng yang dibuat pada langkah awal resipi ini

Cara menghidangkan Pan Mee :
Tuang mee ke dalam mangkuk.
Tuangkan sup
Letakkan 2 sudu besar topping ayam cincang cendawan dan sayur pucuk manis
Tuang perlahan kuah sup ke atas mee dan bahan-bahan tadi.
Taburkan sejemput ikan bilis goreng
Hidangkan dengan sambal belacan

Menariknya di restoran masyarakat cina ada yang menghidangkan pan mee 3 warna atau bermacam warna.
Mungkin lain kali ketika membancuh pan mee, selain menggunakan air boleh tambah jus buah naga, jus pekat carrot, bit, labu atau kobis ungu.

Selamat Mencuba!