Alergi atau Intoleransi? Tahu Perbezaan?

Hari ini, terdapat begitu banyak yang kita baca mengenai isu-isu makanan & pemakanan dari sudut alergi makanan, intoleransi makanan, sensitiviti, diet yang berbeza dan bermacam-macam lagi. Tetapi saya kira, masih ramai yang kekeliruan dan tidak dapat membezakan maksud istilah ini dengan tepat.
Saya sering mendapat pertanyaan adakah terdapat perbezaan antara alergi makanan dan intoleransi makanan,dan sama ada Celiac disease bermakna anda alah kepada gluten, tidak mempunyai toleransi terhadap gluten atau sesuatu yang berbeza sama sekali.
Malah, keliruan ini seringkali menjadi halangan pada mereka yang mengalami kondisi ini dan penjaga mereka untuk menguruskan kondisi mereka. Jadi untuk siri kali ini, saya fikir saya akan membantu untuk memberi pencerahan serba sedikit istilah-istilah yang berkait, perbezaan mereka dan simptoms serta cara-cara menguruskan kondisi-kondisi yang disebut ini.
Pertama, mari kita mulakan dengan perbezaan antara alergi makanan dan intoleransi makanan,. Kedua-duanya mudah untuk mengelirukan kita kerana ia boleh mengganggu badan anda dan membuat anda sakit, tetapi terdapat beberapa perbezaan yang besar antara kedua-dua.


Alergi makanan adalah respon sistem kekebalan tubuh secara tepatnya sistem imun kita. Ini terjadi ketika tubuh membuat reaksi salah pada bahan makanan – protein – yang dapat menganggu dan berbahaya dengan menciptakan sistem pertahanan (antibodi) untuk melawan protein ini jika ia datang bertemu sekali lagi kepada kita. Gejala alergi makanan akan timbul disebabkan kita mempunyai antibodi yang memerangi makanan tersebut. Pada pengalaman saya gejala alergi makanan amat cepat, dari beberapa saat kepada beberapa minit sejak makanan itu di makan atau tersentuh malahan. Malah saya masih ingat anak saya yang alah kepada protein susu (CLASS 3) terhidu sahaja bau butter, terus naik gegatal, menunjukkan gatal tekak dan kami terus bawa ke hospital. Ini kerana reaksi alergi boleh menyebabkan tekanan darah menurun dan sesak nafas. Namun, reaksi lambat alergi juga boleh berlaku.
Makanan yang paling umum penyebab alergi adalah:
Krustasea / Kerang (contoh: Ketam, Udang / Udang, Udang)
Susu / Produk Tenusu lembu
Kacang tanah
Kacang Soya
Kekacang pohon (contohnya: Badam, Brazil Nuts, cashews, dan lain-lain)
Gandum
Alergi yang benar adalah reaksi abnormal oleh sistem imun anda kepada sesuatu yang benar-benar tidak berbahaya. Ia adalah sangat sedikit dalam populasi.
Mereka yang didiagnosis mempunyai alergi makanan mungkin akan mempunyai alahan ini seumur hidup dan benar-benar mesti mengelakkan alergen untuk mencegah dari mendapat gejala alergi yang boleh menjadi merbahaya.
Klasifikasi Gejala Alergi Makanan
Gejala alergi makanan dapat diklasifikasikan sebagai ringan hingga parah, dan jumlah makanan yang diperlukan untuk memicu reaksi, berbeza bagi setiap orang. Gejala alergi makanan termasuk:
Ruam atau gatal-gatal
Mual
Sakit perut
Cirit-Birit
Gatal kulit
Sesak napas
Pembengkakan saluran udara ke paru-paru
Anafilaksis
Alergi makanan timbul dari kepekaan terhadap kimia (protein) dalam makanan. Hal itu berkembang setelah tubuh manusia terdedah kepada protein makanan yang membuat tubuh harus menentukan apakah ia merbahaya bagi tubuh manusia atau tidak. . Pertama kali makan makanan yang mengandung protein, sistem kekebalan tubuh merespon dengan menciptakan antibodi melawan penyakit spesifik (disebut imunoglobulin E atau IgE). Ketika anda makan makanan lagi, itu memicu pelepasan IgE antibodi dan bahan kimia lainnya, termasuk histamin, dalam usaha untuk mengusir protein “penyusup” dalam tubuh anda. Histamin kimia yang kuat akan mempengaruhi sistem pernafasan, saluran pencernaan, kulit, atau sistem kardiovaskular.
Alergi makanan sering terjadi dalam keluarga, menunjukkan bahwa kondisi ini diwarisi. Seseorang yang mempunyai alergi kepada kacang tanah, atau kerang, atau gandum organik (tanpa GMO, racun perosak, dan lain-lain) ini adalah alergi yang sebenar-benarnya – atau true allergies. Walaupun dia makan ayam organik, dia tetap akan mengalami sesak nafas, keluar gegatal, bengkak mulut dan sebagainya kerana ia tindak balas imun.
True allergies harus di ukur dengan ujian darah Immunocap RAST.
Mereka yang mengalami true allergies akan mengalami reaksi di mana kerongkongannya menutup, mendapat gatal-gatal, dan lain-lain. Kadangkala ia membawa maut. Banyak kes kita dengar di luar negara hanya dengan sedikit, malah hiduan, dan sebagainya kepada allergen – mereka yang mempunyai kondisi ini meninggal dunia kerana tidak sempat mendapat rawatan segera (selalunya mereka yang mempunyai kondisi ini jika diketahui, dibekalkan dengan EpiPen)
Kadangkala “alahan” yang seringkali kita sebut-sebut, bukan benar-benar alahan atau true allergies. Ia adalah keadaan yang kadangkala di panggil intoleransi makanan. Mari kita lihat apa itu intoleransi makanan.
Intoleransi Makanan
Intoleransi makanan adalah ketidakmampuan tubuh untuk mencerna makanan tertentu. Dalam hal intoleransi makanan kami sering mengambarkan setiap orang mempunyai “baldi toksik” dalam tubuh badannya yang mampu mengisi dan mengukur tahap toleransi tersebut. Ia jarang melibatkan sistem imun – biasanya diklasifikasikan sebagai masalah gastrointestinal, metabolic, chemical, atau toxic
Contohnya :
1. Kekurangan Enzim – di mana badan tidak boleh mencerna protein makanan tertentu kerana ia tidak punya enzim yang cukup (atau tidak mempunyai langsung enzim tersebut).
2. Kerengsaan – di mana bahan kimia semula jadi dan / atau bahan-bahan tambahan yang terdapat dalam makanan tertentu akan merengsakan hujung saraf di bahagian-bahagian yang berlainan di badan.
Secara umumnya, intoleransi makanan terdapat pada bermacam-macam tahap mengikut dos perengsa yang telah dimakan. Kadang-kadang, mereka yang mempunyai intoleransi makanan masih boleh makan makanan ini dalam jumlah yang sangat kecil atau kecil, bagaimanapun, yang lain mungkin perlu untuk mengelakkan mereka sepenuhnya.
Tidak ada cara untuk mengetahui berapa banyak tahap individu ini boleh bertolak ansur kerana ia adalah semata-mata trial & error untuk menguji setinggi mana badan anda boleh tahan sambil memantau gejala anda.
Intoleransi makanan boleh menjadi sukar didiagnosis. Ujian alahan tidak mengenalpasti intolerans makanan. Malah sepanjang 4 tahun saya berada bersama-sama mereka yang mempunyai reaksi terhadap makanan – ada yang telah mengambil ujian ImmunoCAP RAST dan tiada results yang keluar langsung (tidak seperti results yang anak saya ada)
Intoleransi makanan adalah biasa sebenarnya. Oleh kerana spektrum intoleransi makanan luas, sejarah dan latar belakang mereka yang mengalami nya perlu diambil secara berhati-hati untuk mengenal pasti diagnosis tertentu. Elimination Diet atau Berpantang Makanan tertentu kadang-kadang diperlukan untuk mengenal pasti pencetus. Berunding dengan seorang pakar gastrointestinal specialist boleh membantu membantu dalam diagnosis intoleransi kepada gluten. Cerita pesakit sering memberi petunjuk jalan kepada pakar dalam mendapat diagnosis.
Antara makanan yang boleh menyebabkan intoleransi biasa termasuk:
Gandum / Gluten
Laktosa (Gula dalam Susu)
Sulphites
Fruktosa (juga dikenali sebagai gula buah-buahan, juga terdapat dalam tumbuh-tumbuhan juga)
Glutamat (umumnya MSG)
Salicylates (terdapat dalam makanan tumbuhan banyak)
Amines
Pengawet, penambah warna dan perisa
Habis yang orang selalu sebut penyakit Celiac itu macamana? Adakah orang dengan penyakit celiac mempunyai alahan makanan atau intoleransi atau sesuatu yang berbeza?
Penyakit Celiac adalah gangguan usus kecil yang disebabkan oleh tindak balas imun kepada gluten. Gluten adalah protein yang terdapat dalam wheat, barley, rye, triticale dan oats tercemar
Mereka yang mempunyai penyakit Celiac tidak mempunyai alahan makanan – tetapi mereka mempunyai penyakit auto imun dan gejalanya boleh sama merosakkan. Apabila seseorang dengan penyakit celiac B. mengambil gluten (walaupun dalam jumlah kecil), lapisan usus kecil akan dirosakan oleh sel-sel darah putih sistem imun. Ini berbeza dengan alahan makanan di mana antibodi menyebabkan reaksi.
Tanda-tanda yang biasa penyakit Celiac termasuk:
Loya
Masalah saluran pemakanan
Sembelit atau cirit-birit
Kekeliruan dan masalah menumpukan perhatian
Pertumbuhan terbantut
Kehilangan berat badan atau bertambah berat badan
Masalah kulit
Substansi yang disebut sulfida juga merupakan sumber intoleransi bagi beberapa orang. Mereka mungkin terjadi secara alami, seperti dalam anggur merah atau ditambahkan kepada makanan supaya mencegah pertumbuhan kulat (seperti buah aprikot kering – biasanya yang ditambah sulfida berwarna oren dan yang tidak berwarna gelap). Sulfida sering ditambahkan untuk mengawetkan buah-buahan supaya mereka kelihatan cantik.
Salicylates adalah kelompok tanaman bahan kimia yang terdapat secara alami pada buah-buahan, sayuran, kacang-kacangan, kopi, jus, kunyit dan anggur. Ia juga bahan utama untuk asprin. Makanan yang mengandung salicylates dapat memicu reaksi pada orang yang sensitif terhadap aspirin. Tentu saja, setiap makanan yang kita makan dalam jumlah berlebihan dapat menyebabkan gejala intoleransi melibatkan pencernaan
Gejala intoleransi makanan yang lain-lainnya termasuk:
Mual
Sakit perut
Gas, “cramp” atau kembung
Muntah
Memulas
Cirit- Birit
Sakit kepala atau migrain
Lekas marah atau nervousness
Kesimpulan :
Terdapat perbezaan antara alergi makanan dan intoleransi makanan. Alergi makanan adalah tindak balas yang sangat khusus yang melibatkan sistem imun badan, dan ia adalah penting untuk membezakan alahan makanan dari sensitiviti makanan lain. Manakala intoleransi makanan, adalah lebih biasa berlaku. Intolerans adalah reaksi kepada makanan atau bahan-bahan yang tidak melibatkan sistem imun badan. Reaksi Intoleransi umumnya setempat, sementara dan jarang mengancam nyawa namun pengecualian kepada sulfida.
Hanya berfikir anda alah kepada makanan tidak bermakna anda mempunyai alergi. Untuk betul-betul mendiagnosis alergi makanan atau sensitiviti bahan yang terlibat, ia mesti dikenal pasti dengan tepat. Mengelakkan makanan atau berpantang boleh menghalang anda daripada membuat pemilihan makanan yang punya nutrien penting, dan boleh menjadi berbahaya jika alergen sebenarnya berbeza.
Diagnosis alergi makanan boleh menjadi kompleks, dengan tiga komponen utama. Yang pertama dan yang paling penting adalah melibatkan allergist yang diperakui (board-certified allergist or immunologist). Kedua, sejarah makanan tertentu menyebabkan tindak balas alahan adalah perlu; oleh itu diari makanan boleh membantu. Ketiga, ujian antibodi IgE, hanya berguna apabila digabungkan dengan perjumpaan & perbincangan bersama dengan pakar alergist – kerana keputusan ujian perlu dihuraikan dan dibuat penyelidikan lanjut oleh pakar alergist tersebut. Tidak SEMUA UJIAN ALAHAN boleh membantu dan amat penting untuk dirujuk ke pakar dan ujian yang betul.
Hugh Sampson, MD, pengarah, Food Allergy Clinic, Mt. Sinai Medical Center, and chair of the American Academy of Allergy, Asthma and Immunology’s Adverse Reactions to Foods Committee, menekankan pemeriksaan oleh allergist harus dilakukan. Malah saya pernah mendengar pakar allergist di Malaysia sendiri berkata, jangan biarkan seorang pakar perubatan memberi tahu anda alah dan mempunyai alergi pada sesuatu makanan dan perlu berpantang sebelum anda melalui 3 langkah yang saya sebutkan tadi
Dr Hugh Sampson juga berkata oleh kerana ramai orang yang mendakwa mempunyai alahan makanan, ramai pakar perubatan tidak mengambil serius tanda-tanda alergi pada pesakit”
Saya sendiri 4 tahun dahulu mengambil inisiatif yang sama sebaik sahaja gejala alahan anak menjadi tidak terkawal. Saya berjumpa dengan pakar alergist di sebuah klinik alergi di ibukota. Mereka terus mengunjurkan supaya saya buat ImmunoCAP RAST untuk menyelidik masalah anak saya. Selepas mendapat keputusan, saya berjumpa dengan pakar immunolgist yang diperakui ini untuk langkah-langkah pengurusan yang selanjutnya. Ia sangat membantu. Namun pengalaman juga memberitahu saya ada rakan-rakan yang terpaksa mencari jalan yang sangat jauh selepas ImmunoCAP RAST kerana tiada keputusan yang menunjukkan alergi sebenar. Malangnya ujian-ujian ini yang menunjukkan kepincangan metabolisma, kekurangan enzim, tahap toksin dalam tubuh seperti ujian genetik terutama untuk mutasi gene mthfr , ujian hair mineral analysis atau stool test tidak terdapat di malaysia dan mereka terpaksa membayar beribu-ribu ringgit untuk menghantar sample ke luar negara. Dalam gene MTHFR sahaja ada 40 mutasi. MTHFR adalah gen pada kromosom yang pertama dalam DNA kita. Setiap orang mempunyai gen ini. Kita mempunyai 2 salinan gen ini – salah satu daripada ibu dan satu daripada bapa kami. Gen ini bertanggungjawab menyediakan arahan untuk membuat enzim yang dikenali sebagai reductase methylenetetrahydrofolate. Enzim ini bertanggungjawab untuk memproses asid amino dan untuk menukarkan folat kepada bentuk aktif yang dikenali sebagai 5-mthf. Enzim ini juga diperlukan untuk proses penukaran homocysteine ke methionine. Jika anda mempunyai mutasi gen ini, maka anda akan mempunyai lebih tinggi tahap homocysteine daripada biasa yang boleh merosakkan kesihatan seseorang. Tahap homocysteine yang tinggi telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain – apatah lagi masalah intoleransi makanan melibatkan kekurangan enzim. Saya percaya kita mungkin punya peluang lebih baik menguruskan masalah intoleransi atau alergi malahan, jika melihat ke arah ini, namun kajian dari sudut ini terlampau sedikit buat masa ini.
Maaf jika penulisan ini panjang dan jika ada yang tidak tepat kerana ini adalah pemerhatian dari sudut pengalaman saya. Namun jika anda berminat untuk buat ujian alergi ImmunoCAP RAST bersama pakar yang bertauliah kerana masalah alahan, ekzema, psoriasis atau lelah anda, boleh inbox saya untuk lebih lanjut. Sebagai sebuah group – kami beruntung mempunyai beberapa ahli group yang antaranya juga merupakan director sebuah pusat pengurusan alergi global yang bertauliah dan seorang technician scientific bagi ujian-ujian seperti ImmunoCAP RAST yang dapat memberi penerangan tepat kaedah-kaedah pengurusan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s