TEH UNTUK KOMBUCHA – APA YANG PERLU DIGUNAKAN DAN APA YANG PERLU DIELAKKAN

Teh adalah minuman YANG PALING POPULAR di dunia. Manusia sebenarnya lebih banyak minum teh lebih dari semua minuman lain digabungkan termasuk minuman ringan, kopi dan alkohol. Jadi, memang masuk akal yang sempurna bahawa salah satu bahan utama dalam Kombucha adalah teh.

Tetapi, apakah itu teh? Kita mendengar tentang teh hijau, teh chamomile, teh pudina, Genmaicha, rooibos, honeybush dan teh Lipton sebagai beberapa contoh. Adakah apa-apa daun atau tumbuhan atau rempah yang direndam dalam air panas untuk membuat minuman yang boleh dipanggil teh? Ia mungkin kelihatan begitu dan untuk perbualan sehari-hari tiada yang salah dengan takrif tu.

Walau bagaimanapun, banyak jenis “teh” tidak mengandungi apa yang Kombucha perlukan untuk berjaya dihasilkan, terutamanya dari masa ke semasa. Selain itu, sesetengah tumbuhan boleh merosakkan Scoby Kombucha anda dan melambatkan pembentukan elemen sihat dalam homebrew anda.

Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi jenis teh terbaik untuk kesihatan jangka panjang Scoby Kombucha anda

10995086_1405085326466228_633870097_n

Apakah teh?
Nama Latin untuk adalah Camellia sinensis. Semua jenis teh – putih, hitam, hijau, oolong, dan selepas diperam (seperti pu-erh) dan lain-lainnya yang diperolehi daripada pokok yang sama. Jenis-jenis berbeza ditentukan oleh bagaimana mereka diproses.

Secara tradisinya, Kombucha telah dibancuh dengan teh hitam (dikenali sebagai “teh merah” di China, yang dinamakan untuk warna cecair yang terhasil setelah dibancuh dan bukannya warna daun itu sendiri). Penyelidikan telah menunjukkan bahawa teh hijau menghasilkan Scoby Kombucha yang paling sihat. Resipi yang paling biasa untuk Kombucha merangkumi kombinasi teh hijau & hitam.

Setiap jenis teh telah terbukti untuk memberi ciri-ciri penyembuhan tertentu kepada proses penapaian Kombucha dan membantu untuk membuka kunci kuasa penyembuhan yang ada dalam minuman ini. Dengan bantuan Scoby Kombucha, polifenol & anti-oksida menjadi lebih bio-tersedia, yang bermakna mereka lebih mudah untuk menyerap ke dalam sistem badan kita. Sekali lagi, Socby Kombucha bekerja dengan sistem alam untuk meningkatkan kecekapan mereka dan ditakrifkan symbiosis yang bermanafaat.

Mengapa teh?
Teh mengandungi beberapa nutrien dan sebatian yang Scoby Kombucha perlukan termasuk diantaranya nitrogen, kafein dan theanine. Bersama-sama dengan gula, teh adalah sumber pemakanan dan vitamin utama bagi Scoby Kombucha. Apabila anda bancuh Kombucha dengan campuran herba (juga dipanggil tisanes), anda masih boleh dapat hasil yang lazat, tetapi dari masa ke masa, disebabkan kekurangan nutrien yang diperlukan Scoby Kombucha, Scoby Kombucha akan atrofi (menipis) dan akhirnya mati.

Pemula amalan ini dinasihatkan supaya berpegang kepada penggunaan teh sehingga anda mempunyai cukup Scoby Kombucha sihat dan besar dalam SCOBY Hotel anda untuk menghasilkan eksperimen.

Ini tidaklah bermaksud anda boleh eksperimen dengan teh air kotak. Air kotak mengandungi pewarna dan gantian gula yang sememangnya kalau diminum begitu sahaja tidak elok, apatah lagi mahu dijadikan bahan untuk menghasilkan minuman sihat ini.

Saya biasanya mempunyai empat kriteria untuk membeli teh: daun longgar dan dalam bentuk pukal, organik, Perdagangan Adil atau FAIR TRADE (jika boleh).

Berikut adalah pecahan ringkas jenis teh yang termasuk dalam penyediaan Kombucha saya.
Saya memilih setiap satu untuk gabungan sifat-sifat penyembuhan dan profil rasa.

WHITE TEA 

Secara khusus, teh organik Peony putih (白牡丹 茶). Teh putih dituai dari tunas & daun paling kecil dan halus yang masih berbulu putih halus dan terletak di bahagian atas pokok teh. Apabila dipilih, mereka dibenarkan untuk layu secara ringan di bawah matahari dan kemudian perlahan-lahan kering untuk mengelakkan pengoksidaan lagi enzimnya (bermaksud menjadi lebih gelap kerana pendedahan kepada udara, seperti epal).

Proses pengeringan lembut melindungi rasa halus teh dan memastikan bahawa jumlah tertinggi anti-oksidan yang terdapat di dalam minuman teh ini. Teh putih menghasilkan Kombucha yang lebih ringan rasa yang tinggi dalam catechin. Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh putih (ia senarai yang agak menarik!)

mengurangkan atherosclerotic plaques
mengurangkan karsinogen dan menghapuskan radikal bebas
mengurangkan risiko strok, kegagalan jantung, kanser (termasuk pembentukan tumor), kencing manis
melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV

TEH HITAM
Teh hitam daun = “teh merah” dalam bahasa Cina
Teh hitam mempunyai sejarah yang panjang dengan Kombucha. Terjemahan harfiah untuk perkataan Cina untuk Kombucha – 紅茶菌 – adalah “bakteria teh merah”

Walaupun ramai pernah berfikir bahawa teh hitam tidak mengandungi hampir sama manfaat teh hijau, ia telah didapati bahawa walaupun proses pengoksidaan yang lebih panjang, ia adalah sangat sihat.

Teh hitam adalah lebih tinggi dalam purines yang membantu peredaran darah dan menggalakkan sifat pemanasan. Jika cuaca monsoon dan lebih sejuk, saya akan peram menggunakan teh hitam untuk mengimbangi suhu sejuk. Wanita terutamanya boleh memperbaiki peredaran darah di kaki mereka dengan meminum Kombucha diperbuat dengan teh hitam untuk memperbaiki keadaan itu.

Beberapa faedah kesihatan yang lain dari teh hitam adalah:

  • meningkatkan mikroflora usus berfaedah
  • memberikan imuniti terhadap gangguan usus
  • mencegah kerosakan gigi kerana kehadiran fluoride
  • menormalkan tekanan darah

Tidak hairanlah Kombucha mempunyai pelbagai sifat-sifat penyembuhan. Ia diperbuat daripada minuman yang sudah pun memang mempunyai manfaat kesihatan yang luar biasa. Kemudian Kombucha menjadikan ia lebih mudah untuk badan menyerap manfaat tersebut melalui keajaiban penapaian dan sedikit bakteria khas dan yis baik, yang akhirnya menghasilkan sekumpulan vitamin dan enzim yang tidak terdapat sebelum ini. Bonus terbaik kan?!

TEH HIJAU
Teh hijau adalah yang tidak melalui fermentasi dan diproses ringan menggunakan cahaya matahari, pemanasan & pengulungan biasa. Ia kaya dengan polifenol catechin, terutamanya epigallocatechin gallate (EGCG). Berikut adalah beberapa sifat-sifat penyembuhan dikaitkan dengan EGCG:

  • menghalang pertumbuhan sel-sel kanser tanpa merosakkan tisu yang sihat
  • merendahkan tahap kolesterol LDL
  • secara semula jadi anti-bakteria
  • meningkatkan imuniti

11899531_416386601885336_1462782801_n

Setelah setahun mengenal Scoby Kombucha saya akui mereka sangat CINTAKAN & SUKAKAN teh hijau dan tumbuh tebal, Scoby Kombucha dari teh hijau biasanya sihat. Menurut kajian Michael Roussin, teh hijau akan menukar Kombucha menjadi lebih masam dalam tempoh yang lebih singkat menjadikannya teh sesuai untuk mereka yang lebih suka kitaran peraman yang lebih singkat. Saya hanya bisa memeram Kombucha saya selama 5 hari sahaja dan sering menggunakan teh hijau. Saya sukakan teh hijau berdaun cerai seperti yang suami sering beli dari Jepun atau dari Matcha Hero Kyoto di Pavillion KL

10950410_623307027769739_926103790_n

11386568_1636525643290716_457884934_n 1963029_787563931328558_1849705835_n 11116599_1577839839134953_1009257382_n 924570_1609631339280241_1504259517_n

Teh dituai 2 kali setahun. Setap satu musim dipanggil flush. Daun dari flush pertama di musim bunga mempunyai rasa yang berbeza dan kualiti berbanding dengan flush kedua pada musim panas. Sesetengah jenis teh juga mempunyai flush musim luruh.

Kesemua teh ini, dalam kelainan yang tidak terbatas, telah berhasil untuk menghasilkan Kombucha yang sihat lagi lazat. Campuran mereka untuk gabungan rasa yang anda nikmati setelah beberapa kali percubaan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teh yang perlu dielakkan apabila membuat Kombucha.

Teh yang perlu dielakkan
Teh berperisa seperti Red Zinger atau Chai – ia sering berperisa menggunakan minyak pati yang boleh merosakkan Scoby Kombucha. Terdapat berbagai pendapat tentang Earl Gray kerana ia mengandungi minyak bergamot tetapi beberapa orang telah dibancuh Kombucha dengannya dengan jayanya. Anda mungkin tidak mahu menggunakannya sebagai teh utama anda tetapi ia menambah rasa yang mampan dan lazat.

Campuran herba – seperti yang dinyatakan sebelum ini, campuran herba tidak mengandungi apa-apa dari segi teknikal kandungan Camellia sinensis yang memberi vitamin dan makanan kepada Scoby Kombucha. Sesetengah campuran herba dengan tahap minyak essential yang tinggi akan melambatkan pertumbuhan budaya kerana mereka mempunyai kesan antibacterial(membunuh bakteria).

Cara terbaik untuk mengeluarkan kesemua kandungan Camellia sinensis yang memberi vitamin dan makanan kepada Scoby Kombucha, saya gemar menggunakan kaedah cold brew. Boleh rujuk posting ini untuk mengetahui teknik merendam teh secara cold brew dan khasiatnya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s